lzinkanlah hambaMu ini menuliskan tentang tajuk
WARKAH KASIH SAYANG
UNTUK PERDANA MENTERI
SERTA PEMIMPIN-PEMIMPIN NEGARA
BERHUBUNG ISU KENAIKAN KOS SARA HIDUP
negara di mana hambaMu sedang berpijak sekarang. Engkaulah yang merezekikan hamba untuk melihat bumiMu di sebelah sini. Untuk menyaksikan perbuatan hamba-hambaMu yang sangat menderhakaiMu. Lalu sesudah menyaksikannya, hamba tidak boleh membiarkannya begitu sahaja. Suatu usaha dan ikhtiar mesti dilakukan agar kebiadapan dan kesilapan itu tidak berterusan. Memerangi ideologi sesat anutan mereka itu hamba kira adalah satu jihad agar ia tidak terus meracuni fikiran, jiwa dan kehidupan manusia. Moga-moga tulisan hambaMu ini mendapat restu, rahmat, berkat dan pertolongan yang Engkau janjikan pada hamba-hambaMu yang berjihad.Tuhanku,
Tolong singkap tabir ilmu yang hakiki untuk menyuluh masalah ini dengan tepat. Sekaligus dapat membunuh budaya jahiliah yang mencengkam Barat kini yang ia telah menular ke seluruh dunia. Tanpa ilmu yang hakiki, yang mampu menumbangkan segala kekusutan fikiran hamba-hambaMu yang di Timur dan Barat ini, hamba kira tidak akan ada gunanya tulisan ini di baca oleh semua.
Sekali lagi, tiada gunanya Ya ALLAH, kerana akal terlalu lemah untuk mencari jalan penyelesaian yang tepat terhadap kekusutan yang maha rumit ini kecuali dengan ilmu hakiki yang Engkau ilhamkan ke dalam hati. Sungguh hanya Engkau saja yang tahu dan mampu menyelesaikan masalah manusia ini. Dan hamba cuma mengharapkan pertolonganMu kiranya layak bagi hamba mendapatkannya.
Wahai Tuhan,
Kiranya tulisan ini benar dan berfaedah maka ia adalah milik Mu. Hamba cuma alat yang Engkau gunakan untuk tujuan murni itu.Tapi kiranya tulisan ini penuh kekurangan, hingga kurang bermutu, maka itu adalah kerana tidak layaknya hambaMu yang daif dan berdosa ini mendapat pertolonganMu. Lalu hamba akuilah kehinaan dan kelemahan diri. Di samping memohon keampunan dari Mu.
Akhimya, pinta hamba pada Mu Tuhan, kiranya ada pahala dari tulisan ini maka tolong sampaikan pahala itu pada orang-orang yang telah berjasa memelihara dan mendidik serta mengajar hamba-Mu ini hingga mampu hamba menuliskan tulisan ini. Hanya ini yang dapat hamba balas kebajikan mereka. Mereka itu ialah ibu bapaku serta guru-guruku, khasnya guruku ALP, Abuya Putra Bani Tamin dan guru tareqat yang diberkati Sayidi Syeikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi. Dan segala yang baik itu, ya ALLAH, adalah kepunyaanMu.
Amin, ya ALLAH.
Berani Berubah : Aku Tuntut Hak Kelahiranku
ALLAH MILIK SEGALA-GALANYA. ILMU ALLAH..REZEKI ALLAH.
Firman Allah maksudnya:
Bertanyalah (wahai muhammad): “Hak milik siapakah segala yang ada di langit dan di bumi?” Katakanlah: “(Semuanya itu) adalah milik Allah. Ia telah menetapkan atas diriNya memberi rahmat. Demi sesungguhnya Ia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat yang tidak ada sebarang syak padanya”. Orang-orang yang merugikan diri sendiri (dangan mensia-siakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab yang tersebut) tidak beriman.
(Surah Al-An’am ayat 12)
Moga-moga tulisan hambaMu ini mendapat restu, rahmat, berkat dan pertolongan yang Engkau janjikan pada hamba-hambaMu yang berjihad.Tuhanku. Rahmat Kasih Sayang ku pohon dariMU. Tolong singkap tabir ilmu yang hakiki untuk menulis dari lubuk hati ini dengan penuh keikhlasan dan berkongsi pada semua ini dengan tepat. Sekaligus dengan itu dapat mudah di fahami dan hanya Allah sahaja yang dapat membuka pintu hati dan petunjuk. Tanpa ilmu yang hakiki, yang mampu menumbangkan segala kekusutan fikiran hamba-hambaMu yang masih di dalam Penjajahan Minda ini, untuk mendapat taufik dan hidayah di hati yang apa-apa sahaja yang di lakukan hanya padaMU dan setiap detik mengharapkan pertolongan dan di permudahkan olehMu.
Dalam suatu hadits Nabi saw. Beliau bersabda, Setiap kandungan dalam seluruh kitab-kitab Allah diturunkan, semuanya ada di dalam Al Quran. Dan seluruh kandungan Al Quran ada di datam Al Fatihah. Dan semua yang ada dalam Al Fatihah ada di dalam Bismillah hirrahmaan nirrahiim.
Bahkan disebutkan dalam hadits lain, setiap kandungan yang ada dalam Bismillah hirrahmaan nirrahiim ada di dalam huruf Baa, dan setiap yang terkandung di dalam Baa ada di dalam titik yang berada dibawah Baa.
Setiap usaha dan perbuatan kita mulakan dengan Bismillah hirrahmaan nirrahiim.
Universiti Kehidupan : Cabaran dan Ujian dalam kehidupan yang lalu sebagai Anak Kunci Untuk Membuka Pintu Syurga.
Tuhan yang Maha Baik tidak membiarkan roh kita berasa selesa tanpa digugat dan diuji. Dalam surah Al-Baqarah ayat 155, Allah berfirman:
وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.
SESEORANG atau sesuatu bangsa yang kuat itu, tunjangnya ialah pada kekuatan jiwa di samping kekuatan mental dan kekuatan fizikal. Tanpa kekuatan jiwa, seseorang yang fizikal dan mentalnya kuat akan mudah lemah oleh kesusahan atau cabaran hidup. Pernah seorang pensyarah muda yang sasa bunuh diri kerana kecewa dalam hidup. Seorang penyanyi terkenal yang selalu menghiburkan orang juga bunuh diri kerana tidak tahan menghadapi kesusahan hidup. Itulah bukti bahawa kekuatan jiwa adalah kekuatan asas yang utama bagi manusia. Tanpanya manusia akan jadi selemah-lemah makhluk hingga sanggup membunuh diri sendiri.Jiwa yang kuat itu adalah jiwa yang beriman. Dengan iman,jiwa akan memiliki sifat-sifat sabar, redha, tawakkal, berani, tidak putus asa, tidak kecewa dan lain-lain lagi. Dengan sifat-sifat itulah jiwa atau hati atau roh itu menjadi kuat. Tahan menghadapi cabaran dan ujian.
Dengan jiwa yang kuat saja sesuatu bangsa boleh tampil sebagai bangsa yang berjaya dan maju
Berikut ialah petikan PERJUANGAN BELUM SELESAI yang di sampaikan oleh Tun Mahathir
Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa..

ISU BERHUBUNG DENGAN KENAIKAN KOS SARA HIDUP.
Isu berkenaan peningkatan Kos Sara Hidup di Malaysia kini di hadapi oleh rakyatr dan mendapat perhatian Perdana Menteri Malaysia.
Berikut di petik dari Facebook :
Saya mendengar keluh-kesah rakyat terutamanya berkenaan kenaikan kos sara hidup. Kerajaan sentiasa mencari formula yang sesuai untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
Pada masa yang sama, kita juga perlu memandang ke hadapan demi memastikan ekonomi negara terus mampan.
Disebabkan itu, kerajaan bersetuju menubuhkan Makmal Mengenai Kos Sara Hidup di bawah PEMANDU. Makmal ini bertujuan untuk mengkaji serta merangka langkah-langkah susulan untuk meringankan beban rakyat dalam mengharungi masalah ini.

Sehingga kini, jumlah komen ialah 9,823. Amat menyedihkan sekali apabila membaca komen-komen dari rakyat Malaysia yang tidak menjaga tertib dan adab sopan.
Sepatutnya kita bersama-sama berganding bahu dan memberi cadangan-cadangan yang berguna untuk kepentingan semua.
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.” (Riwayat Ibnu Abi Dunya)
KEBANGKITAN DAN KEJAYAAN DI KURUN INI
BERLAKU DENGAN ROH AMAL.
Ianya berlaku dengan kasih sayang.
KETAATAN DAN TERTIB KEPADA KEDUA IBUBAPA BAGI MENDAPATKAN KEREDHAAN ALLAH
Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya, aku bertanya Rasulullah s.a.w: “Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?”.
Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya”.
(Hadis Riwayat Tirmizi)
Berhubung dangan isu kenaikan kos sara hidup ini, pelbagai kritikan dan protes dari pemimpin-pemimpin;
Realiti hari ini berhubung dengan peningkatan kos sara hidup adalah kesan dari kemelesetan ekonomi dunia yang sedang melanda kini.
Suatu waktu dahulu, ketika negara di landa kemelesetan ekonomi akibat dari perancangan musuh negara berjaya kita harungi dan tempuhinya Pengalaman dari sejarah yang telah berlaku dahulu membuat kita lebih matang dan bersedia hadapinya.
Wajarkah kita semua menggunakan emosi dan tersirat kepentingan diri dan menyalahkan pada orang lain dalam cabaran yang di hadapi ini.
Setiap pemimpin akan merubah cara berfikir bangsanya. Dia akan mendidik bangsanya dengan minda yang dianugerahkan Tuhan padanya. Perkongsian minda pemimpin adalah nadi kepada pengikutnya.
Bahkan merubah bangsa Melayu yang bersamanya menjadi bangsa baru, iaitu bangsa Melayu yang akan menerajui empayar atas nama Islam. Melalui Minda banyak menyumbang perubahan cara berfikir umat Islam diMalaysia dan di Indonesia.
Bangsa-bangsa lain atas nama Islam pernah menjadi empayar. Hanya bangsa Melayu sahaja belum lagi menempa sejarah atas nama Islam. Kita yakin kali ini adalah giliran orang Melayu menerajui empayar Islam.
Perjuangan Islam di Asia Barat, banyak dikaitkan dengan cara kekerasan dan keganasan. Umat Islam di Asia Tenggara berubah dengan gerakan dakwah. Pendekatan dibuat melalui merubah minda.
Penekanan lebih mengambil berat soal insaniah dalam diri manusia.
Pembinaan Insaniah manusia inilah yang akan membentuk negara Islam.
Apalah ertinya jika berlaku seperti di Timur Tengah sekarang, sudah mendapat kuasa namun insaniahnya tiada. Pergaduhan berlaku dari peringkat atasan hingga rakyat jelata. Di mana indahnya Islam kalau begitu sekali perjuangannya?
Pada saat ini situasi dunia Islam umumnya sedang kacau-bilau dan huru-hara, rakyat sudah tak percaya lagi dengan pemimpinnya. Keamanan jelas sudah tiada.
Perkara tersebut yang telah diperkatakan sedang berlaku di negara-negara umat Islam khususnya di Timur Tengah. Ini menuntut agar umat Islam kena banyak merintih kepada Tuhan agar didatangkan pemimpin yang dapat menyelesaikan semua perkara tersebut.
Begitu juga kepada mereka yang perjuangkan Islam melalui politik, sila ambil pengajaran daripada peristiwa yang sedang berlaku di Timur Tengah. Apalah ertinya mengusai negara yang masyarakatnya belum diikat hatinya dengan Tuhan dan hati mereka diikat satu sama lain.
Insaniah ini bukan boleh disorak-sorakkan, bukan boleh disogok. Nak melahirkan masyarakat yang bekerjasama, sama kefahaman, keselarasan, ianya mengambil masa untuk mendidik mereka. Lebih-lebih lagilah untuk dibawa kepada Islam.
Mempolitikkan perjuangan Islam tidak akan mampu membina insaniah manusia. Kita mesti ambil pengajaran dari apa yang berlaku di Mesir sekarang ini. Bila terlalu menginginkan kuasa memerintah walaupun bertujuan menegakkan negara Islam ianya bukan bertambah baik. Malah semakin buruk dan buruk.
Belajarlah dari sejarah kemenangan Islam oleh para sahabat dan orang-orang soleh. Negara diserahkan oleh rakyatnya yang mahukan keselamatan. Masuknya Islam di Mesir oleh sahabat hanya dengan laungan Allahuakbar. Kemenangan Sultan Muhammad Al-Fateh di Turki bilamana sudah wujudnya sebaik pemimpin dan tentera.
Ikatan kasih sayang yang terjalin erat yang lahir dari buah ibadah membentuk peribadi yang disegani kawan dan lawan. Inilah yang kita dapati bila minda kebenaran dari pemimpin yang dijanjikan kita pegang dan jadikan prinsip.
FORMULA UNTUK MENJAGA KEBAJIKAN
DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT.
Kini tiba masa dan ketika untuk kita semua bersatu hati dan kembali pada Jalan yang diredhai Allah.
Bersama kita mohon untuk Allah limpahi Rahmat Kasih Sayang ;
1. Tauhid
2. Hijrah diri
3. Jihad Fisabilillah.
Ramai sudah kini rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan bersama kami bersama dalam Usahawan Kelas Tinggi.
Usaha yang telah kami lakukan ini juga sebagai satu cara mudah dan senang untuk semua untuk hadapi Kenaikan Kos Sara Hidup.
Semoga dengan sokongan dan kerjasama dari Perdana Menteri serta pemimpin-pemimpin semua, maka lebih cepat dan ramai rakyat Malaysia mendapat limpahan rezeki ini.
0 comments: