Untuk keamanan, kebahagiaan dan kedamaian hidup di dunia dan Akhirat, manusia perlu model atau contoh untuk diikuti.
Justeru manusia, walaupun telah ALLAH bekalkan fitrah ingin mencinta dan dicintai (kasih sayang), ianya tidak akan dapat melakukannya dengan sempurna jika tiada contoh. Model yang hendak diikut dan ditiru itulah ROH ISLAM.
Begitulah rahmat dan kasih sayang ALLAH. Sentiasa menunjukkan jalan-jalan keselamatan buat hamba-hamba-Nya.
Maka atas dasar itu dengan rahmat ALLAH, Dia telah mengutuskan seorang manusia bernama Muhammad bin Abdullah sebagai Rasul-Nya di atas muka bumi ini.
ALLAH telah lengkapkan Rasul itu dengan sifat yang sempurna lahir dan batin. ALLAH telah memelihara peribadinya daripada sebarang kesalahan dan cacat-cela, agar dia menjadi contoh yang agung kepada manusia lain. Inilah roh Islam yang menjadi contoh ikutan. Bagindalah qudwah hasanah untuk sekalian alam.
Dengan segala pemeliharaan itu maka jadilah Rasulullah SAW manusia yang paling tinggi akhlaknya. Sama ada akhlak dengan ALLAH mahupun akhlak sesama manusia. Oleh itu tidak hairanlah jika ALLAH sendiri memuji Rasulullah SAW dalam Al Quran dengan firman-Nya yang bermaksud:
"Sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat agung."
(Al Qalam: 4)
Maka terbentuklah Rasulullah SAW itu sebagai insan kamil (sempurna) yang menjadi lambang segala kebaikan. Nabi Muhammad-lah manusia yang paling sempurna. Seluruh himpunan sifat baik telah dipakaikan oleh ALLAH pada diri Rasulullah SAW.
Itulah gambaran betapa kasih dan sayangnya Rasulullah SAW kepada seluruh makhluk. Bukan saja kepada manusia bahkan juga kepada binatang.
Bukan saja kepada orang Islam tetapi juga kepada yang bukan Islam.
Maka atas dasar itulah ALLAH SWT telah menegaskan dalam Al Quran bahwa kedatangan Rasulullah SAW itu adalah sebagai pembawa rahmat.
Firman ALLAH:
" Dan tidak Kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk rahmat kepada sekalian alam." (Al Anbia: 107) .
Rasulullah SAW juga pernah bersabda:
"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak manusia." (Riwayat Imam Malik)
Di sini saya hanya ingin menggambarkan tentang kasih sayang, iaitu satu aspek daripada akhlak Rasulullah SAW yang sangat perlu untuk manusia. Setidak-tidaknya untuk keselamatan mereka di dunia walaupun tidak di Akhirat. Kasih sayang Rasulullah SAW terhadap manusia tidak ada tandingannya. Mari kita lihat bukti bagaimana dan betapa kasih sayang Rasulullah SAW.
Jika kita membaca Al-Quran dan meneliti Hadis Rasulullah SAW, maka kita akan dapati betapa Rasulullah SAW itu sangat pengasih sekalipun kepada anak kecil ataupun binatang.
Cukuplah dalil Quran dan Hadis ini memberi kita jawapan dan panduan, betapa pentingnya kasih sayang selaku Roh Amal atau Roh Islam itu. Quran dan Hadis ini sahaja pun cukup sebagai bukti bahawa Islam sangat menitik berat hal ini. Tiada panduan lain selepas kewafatan baginda melainkan datangnya mujaddid untuk menghidupkan Roh Amal ini dalam kehidupan. Perjuangan mujaddid ialah menghidupkan dan memeriahkan semula kehidupan Nabi SAW dan para sahabat yang penuh dengan kasih sayang, bertolak ansur, dan bertolong bantu.
Mana mungkin dalam perlaksanaan Roh Amal ini bertentangan dengan ilmunya. Ilmunya diajarkan Nabi SAW untuk berkasih sayang tetapi arahan yang keluar dan tindakannya ialah berpecah belah satu sama lain. Cerai berai berlaku sedangkan ilmu yang dilaungkan ialah berkasih sayang. Ini sangat bertentangan dan tidak pernah berlaku di zaman kenabian dan zaman-zaman para solihin.
Di antara ayat Quran yang menunjukkan betapa tingginya rasa kasih Rasulullah SAW itu ialah sebagaimana ALLAH SWT berfirman:
"Telah datang kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu sendiri. Berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang Mukmin."

(At Taubah: 128)
Dalam ayat yang lain ALLAH SWT telah berfirman:
"Maka dengan rahmat ALLAH-lah kamu dapat berlaku lemah-lembut dan kasih sayang pada mereka." (Ali Imran: 159 )
Allah berfirman lagi:
"Dan jikalau kamu berkasar dan berkeras hati nescaya mereka akan menjauhkan diri darimu." (Ali Imran: 159)
Di antara Hadis lagi yang menunjukkan betapa besarnya kasih sayang Rasulullah SAW ialah:
"Barang siapa yang tidak mengasihi manusia, dia tidak dikasihi ALLAH."(Riwayat At Termizi)
"Kasihilah siapa sahaja yang ada di bumi nescaya akan mengasihi kamu siapa-siapa sahaja (malaikat) yang di langit." (Riwayat Abu Daud)
"Sebaik-baik manusia ialah orang yang memberi manfaat pada manusia (termasuk meratakan kasih sayang).
Sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling baik akhlaknya (kasih sayang kepada orang lain)." (Riwayat At Tabrani)
"Berbaktilah kepada kedua ibu bapa kamu,nescaya anak anak kamu akan berbakti kamu kepada kamu (termasuk memberi kasih sayang)." (Riwayat Al Hakim)
"Sesungguhnya orang yang paling hampir dengan tempatku di kalangan kamu ialah yang paling cantik akhlaknya, mereka menghormati orang lain dan mereka senang bermesra dan dimesrai. Orang Mukmin itu ialah yang mudah mesra dan dimesrai, dan tiada kebaikan pada mereka yang tidak boleh bermesra dan dimesrai. Dan sebaik-baik manusia ialah yang banyak memberi manfaat kepada manusia." (Riwayat Al Hakim dan Al Baihaqi)
"Sesiapa yang tidak mengasihi orang kecil kami, sedangkan dia tahu kewajipan sebagai orang besar kami maka bukanlah dia dari golongan kami." (Riwayat Al Bukhari)
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik akhlaknya.“ (Riwayat Abu Dawud, Ahmad dan At-Tirmidzi )
“Penyebab utama masuknya manusia ke surga adalah bertakwa kepada Allah dan kebaikan akhlaknya.“ ( Riwayat At-Tirmidzi dan Ibnu Majah )
“Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dan paling dekat tempat duduknya dari pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya.” ( Riwayat At-Tirmidzi )
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.” (Riwayat Ibnu Abi Dunya)
Masinnya air laut tak mampu menyerap ke dalam isi ikan, tetapi bila ikan telah mati. Secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya.
Begitulah hati, hati yang hidup sangat sukar dinodai. Tapi bila hati mati, mudahnya dipengaruhi oleh unsur negatif.
Ingatlah, bahawa seluruh aturan syariat Islam terdapat akhlak didalamnya.
Ingatlah, jika sembahyang yang belum memberikan nilai-nilai kasih sayang terhadap sesama manusia, maka kita belumlah memetik buah ibadah kita secara sempurna.
"Sesungguhnya di kalangan kamu yang lebih dikasihi ALLAH ialah mereka yang senang bermesra dan dimesrai. Sebaliknya yang paling dibenci ALLAH ialah mereka yang suka menabur fitnah dan memecah belahkan persaudaraan."
0 comments: